Kisah sedih bersama SONY BRAVIA TV 4K : Dia akhirnya membelikan aku sebuah TV.

1:37 PM

Cerita ni sedih sangat, sudah beberapa tahun aku berkahwin dengan laki aku. Dari situ aku tak pernah ada TV melainkan komputer serta laptop zaman belajar dulu. Tapi laptop dah rosak la pulak. Jadi laki aku beli PC baru, PC modified punya. Paling best pun sebab dapat main DOTA2, amik sian laki aku bidadari syurga dia tu sebenarnya kaki gamer, fuyoh.

Cerita ni sedih lagi bila di ingatkan sebab bila rumah tak ada TV rumah jadi sunyi macam seram je kan, lepas tu kalau malam tu tak masak memang ajak laki makan kat luar, kat kedai makan ada TV apa lagi sambil makan sambil tengok TV la, kalau cerita tu best 2 jam dok lah makan lagi sambil tengok TV, tambah lagi menu makan.

Paling sedih bila saudara mara datang rumah duduk bersila memandangkan tak ada meja makan dan paling sedih tak ada TV. Ramai dok komplen suruh lah laki beli TV nak dok rumah nanti pun selesa. Jujur aku katakan aku tak pernah heran ada TV ke tak ? Memandangkan aku lebih suka main game haha.

Ramai dok suggest belilah TV RM500 je TV sekarang dah murah. Yer aku perasan memang TV ada yang murah - tapi aku tak pernah berkenan dengan TV TV tu pun. Laki aku selalu cakap nak beli barang biarlah yang mahal ( bukan mahal sebab kaya ke apa tapi sebab kualiti itu yang penting ) beli murah tapi bila rosak terpaksa beli baru kalau 3-4x rosak mahu tak harga sama macam yang mahal itulah pentingnya ada "warranty" kan ? Macam ambil life insurance gitu.

2X berpindah dari Nilai-Kajang, masih tak beli beli lagi TV, jadi mungkin sebab tak ada TV saudara tak rajin nak singgah rumah katanya Bosan lah tak ada TV, Jujur aku katakan selama tak ada TV kat rumah memang aku duduk tidur, baca cerita dalam internet je. Yerlah internet masa kat rumah Nilai-Kajang memang super laju, memang main game seronok sesangat !

 
Kalau aku tunggu sikit lagi laki aku kata dia beli yang 60" tu. Tu mahu tak 2 tahun lagi.

Memang ada niat nak tengok TV tapi lagi sekali laki aku kata nanti- nanti dan seterusnya ayat yang sama. Sampai ke 4-5 tahun bersama pun TV tak ada. Haha. Hebatkan laki aku. Huhuh. Mungkin banyak benda kot nak setelkan biasalah kos living mahal dapat pulak bidadari yang suka makan sushi ngan nasi arab, nak berjimat pun macma 40x fikir je. Mungkin sebab masa duduk rumah sewa dulu memang taknak apa-apa nak simpan duit beli rumah baru katanya, Jadi di situ kesabaran di uji. Tak pe lah sayang, kita beli rumah dulu. Tak sia sia menanti penuh kesabaran, dapatlah beli rumah sebiji. Alhamdulillah dapat dekat dengan tempat kerja dan perjalanan nak ke Kuala Lumpur hanya 20 minit sahaja.





Bila dah duduk rumah baru, lega, tapi sayang TM tak nak pasang port dia ! Argh stressnya tak ada internet, selama 7 bulan duduk kat rumah baru memang tak ada internet.. pakai data je la, nak update blog pun malu-malu sebab yer lah masuk internet pakai hotspot je mahu tak habis cepat je. :( Bayaran bulan-bulan pakai Celcom first ni pun kecil besar kecil besar je aku tengok bil nya.

Jadi melopong lah aku ngan anak syurga aku si Rayyan ni, buat je la apa yang patut, main game candy crush dalam PC uiyoo haha.

Lepas tu kebosanan melanda - kalau tak ada aktiviti nak buat.. nak duduk lepak-lepak je kat rumah, sekali lagi aku kata nak TV nak tengok channel TV1 TV2 TV3.

Waktu tu masih tak decide lagi nak beli TV, tapi laki aku mungkin tengok macam kesian je bidadari syurga ngan anak syurga dia kat rumah dok melopong je, yerla jiran lain ada TV tak ada masalah melayan kita, baik layan drama lagi bagus, hu hu hu..

Akhirnya dia buat keputusan bawa aku pergi kedai Sony, sebenarnya dia memang target lama dah TV ni cuma kumpul duit je la. TV Android ni sebenarnya baru released sebulan tu. Last July 2017. Dia cakap TV ni menarik sebab dia punya feature macam Smart Phone gitu. 4K lagi memang kau rasa kau berada dekat dalam TV lah kalau ada Movie dekat New Zealand tu memang kau rasa macam kat New Zealand je. Kualiti TV memang Superb.

Survey punya survey Sony Jual RM4999 untuk 49 INCH. Nasib baik waktu ni waktu Merdeka Sales, so singgah lah ke Seng heng memandangkan dah jadi ahli, kat Seng Heng 49INCH harga dia RM3999 - so ambil je la yang kat Seng Heng, Alhamdulillah dapat lah sebuah TV.

Tapi sedih TV hebat pun tak ada internet kat rumah baru ni ;( TM jual mahal dia taknak pasang port. Dia cakap membazir dan kos tinggi kalau pasang kat perumahan aku ni, tak tahu jiran jiran aku ni kerja besar besar gaji besar besar. Rugilah TM. Haha !


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸